Pencapaian dan Inisiatif UNDI18

Parlimen Digital

Pelaksanaan Parlimen Digital

Pandemik COVID-19 yang melanda Malaysia pada awal 2020 telah menyebabkan Parlimen digantung disebabkan kegusaran tentang penyebaran COVID-19. Seruan daripada pihak pembangkang dan masyarakat madani untuk mengadakan sidang Parlimen secara maya telah membawa kepada inisiatif Parlimen Digital, iaitu simulasi Parlimen yang diadakan diatas talian dan yang dianjurkan oleh UNDI18 dan beberapa kumpulan belia Malaysia. Parlimen Digital merupakan simulasi Parlimen bersama 222 belia Malaysia yang mewakili setiap kawasan Parlimen di Malaysia. Wakil-wakil tersebut telah terlibat dalam debat dan persidangan Parlimen secara atas talian.

Parlimen Digital telah berlangsung pada 4-5 Julai 2020 dan merupakan bukti konsep bagi kebolehan dan pengetahuan politik belia Malaysia serta kebolehlaksanaan sidang Parlimen secara atas talian bagi menggantikan sidang Parlimen secara fizikal semasa wabak COVID-19.[27]

Vote Malaysia

Bersempenaan dengan Pilihanraya Umum Malaysia ke-15, UNDI18 bersama dengan kumpulan belia Malaysia lain telah menubuhkan inisiatif Vote Malaysia, inisiatif undi pos yang bertujuan untuk mengumpul kertas undi pos dari warganegara Malaysia yang bermastautin di luar negara dan menghantarnya ke pusat penjumlahan undi pada hari mengundi.

Vote Malaysia telah berjaya mengumpul lebih daripada 35,000 undi pos dari 25 negara yang dikira pada Pilihanraya Umum ke-15.[28]

Rujukan

WikiPedia: UNDI18 http://ramadan.bernama.com/2021/news.php?id=186970... http://undi18.org/ https://www.astroawani.com/berita-malaysia/had-umu... https://www.astroawani.com/berita-malaysia/mahkama... https://www.astroawani.com/berita-malaysia/pahang-... https://www.astroawani.com/berita-malaysia/sarawak... https://www.astroawani.com/berita-malaysia/sarawak... https://www.astroawani.com/berita-politik/undi-18-... https://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/... https://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/...